trafik sesak lori terbakar
Kredit: Lembaga Lebuhraya Malaysia

Trafik Sesak Di Lebuhraya KL-Karak Susulan Lori Terbakar

Sofea

Trafik Sesak Di Lebuhraya KL-Karak Susulan Lori Terbakar

Sebuah lori terbakar di Kilometer 35.1 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada pagi Rabu.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu hantaran di Facebook berkata lorong kiri dan tengah terhalang akibat kejadian terbabit serta hanya lorong kanan boleh dilalui.

BACA: Pemandu Maut, Penumpang Cedera Lori Jatuh Gaung Di Kuala Krai

Susulan itu, trafik di lokasi kejadian juga menjadi sesak.

“Sila rancang perjalanan anda, segala kesulitan yang dialami ketika ini amat dikesali,” kata LLM.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku susulan kejadian itu.

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia

BACA JUGA: Lori Bawa Muatan Tar Terbalik Di Selekoh Berbukit, Pemandu Maut