Trafik Perlahan Di Tol Plaza Gombak Dari MRR2 Dan 2.3km Sebelum Terowong Genting Sempah Arah Timur

Azmil

Seperti semua tahu, hari ini adalah hari cuti bagi meraikan sambutan Hari Deepavali dan sudah pati orang ramai akan keluar bercuti ataupun pulang ke kampung halaman.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan pada jam 10.54 pagi tadi trafik bergerak perlahan di lokasi sebelum masuk Tol Plaza Gombak dari MRR2 dan 2.3km sebelum Terowong Genting Sempah arah Timur (laluan mendaki).

Anda dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP bagi mengekang peningkatan kes Covid-19. Lakukan ujian kendiri sebelum pulang ke kampung untuk melindungi ibu bapa dan keluarga.

Sumber: LLM