
Sehari sebelum PRU15, beberapa badan lebuhraya melaporkan beberapa kesesakan di berapa laluan, khususnya menghala ke Pantai Timur, bermula pada jam 12 tengah hari.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik didapati perlahan pada laluan menghala ke arah timur (Kuantan) iaitu pada Greenwood dan MRR2 menghala ke Plaza Tol Gombak.


Kesesakan ini dilaporkan berlaku adalah dalam lingkungan 32 kilometer dari Gombak ke Lentang pada 2.41 petang.
Selain itu, pihak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut melaporkan keadaan trafik di kawasan yang serupa dengan beberapa maklumat yang dikemas kini.
Aliran trafik perlahan dilaporkan sepanjang 29.7 kilometer dari Plaza Tol Gombak sehingga ke KM 44.5 (Bukit Tinggi)
Bukan itu sahaja, kesesakan juga dilaporkan sepanjang 2.7 kilometer dari KM49.8 (Bukit Tinggi) menghala ke KM 52.5 (Lentang).
Berdasarkan kenyataan LPT, kesesakan ini berpunca berikutan pertambahan kenderaan milik pengguna jalan raya yang sedang dalam perjalanan untuk pulang mengundi.
Beberapa laluan yang mencatatkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) iaitu laluan R&R Ulu Bernam (SB) ke Behrang, Hentian Rehat Behrang ke Sungkai terus ke Bidor dan Tapah ke Gopeng pasa 2.36 petang, lapor LLM.


Akhir sekali, pengguna jalan raya diminta untuk memeriksa keadaan kenderaan dan berwaspada semasa pulang mengundi supaya selamat tiba di destinasi masing-masing.
Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia & Lebuhraya Pantai Timur via Facebook