Tiada Kategori

Tony Roma’s Raikan Kembali Acara ‘Rib Challenge’ Dengan Menu Istimewa

Syamimi

Tony Roma’s Raikan Kembali Acara ‘Rib Challenge Dengan Menu Istimewa

Tony Roma’s Malaysia menyemarakkan semula semangat peminat rib dengan mengembalikan acara Legacy Rib Challenge. Kempen yang dinanti-nantikan ini memberi penghormatan kepada warisan Tony Roma’s sebagai restoran pilihan untuk menikmati hidangan ribs terkenal di dunia. Malah, Tony Roma’s turut memperkenalkan menu premium baharu yang membawa sentuhan perayaan kepada pengalaman menjamu selera pelanggan. Kempen ini diraikan sebagai simbol kenikmatan makanan, kebersamaan, dan detik bermakna, elemen yang mencerminkan semangat sebenar Tony Roma’s.

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, Legacy Rib Challenge telah muncul sebagai acara lagenda kegemaran ramai. Kini ia kembali dengan satu pertandingan yang diadakan secara eksklusif di Tony Roma’s IOI City Mall, Putrajaya. Acara ini menghimpunkan peminat ribs dan menghidupkan semula keseronokan serta nostalgia kepada satu cabaran makan yang ikonik. Legasi Rib Challenge ini menjadi satu tradisi yang meraikan keistimewaan Tony Roma’s dalam menyajikan ribs yang lembut, berjus dan penuh perisa, yang terus menambat selera dan hati para pelanggan.

“Di Tony Roma’s, kami percaya setiap detik bermakna wajar diraikan, baik kecil mahupun besar, dengan makanan dan insan yang kita sayangi,” kata Shaik Ali Fikri Bajunid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Revenue Valley Sdn Bhd. “Dengan menganjurkan kembali Legacy Rib Challenge dan memperkenalkan menu istimewa untuk tempoh yang terhad ini, kami ingin membawakan keriangan dan keseronokan kembali kepada pelanggan kami. Malah acara ini juga mengukuhkan semula warisan kami sebagai destinasi pilihan untuk menikmati ribs yang benar-benar memuaskan.”

Menambah lagi kemeriahan acara, para peserta Rib Challenge Competition yang berlangsung secara eksklusif di Tony Roma’s IOI City Mall, Putrajaya turut berkongsi keterujaan mereka terhadap acara yang dinanti-nantikan ini, yang dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Hanif Rahman, Pengurus Besar Jenama, Kumpulan Revenue Valley.

“Ini kali pertama saya sertai Rib Challenge dan jujurnya, saya tak tahu apa nak dijangka. Saya datang sebab memang suka makan ribs. Tapi bila pertandingan bermula, sorakan dan suasana tu memang buat saya semangat.

Sekarang saya faham kenapa ramai kata ribs Tony Roma’s memang lagenda,” kata Hilman Adrees bin Khairul Annuar, juara lelaki Rib Challenge tahun ini. Dengan capaian yang mengagumkan, Hilman menamatkan cabaran dengan menikmati 8 beef ribs, 1 lamb rib, mashed potatoes dan Kickin’ Shrimp dalam hanya 14:08 minit. Selera hebatnya melayakkan Hilman memenangi wang tunai RM2,000 dan makanan ribs Tony Roma’s selama setahun.

Manakala juara wanita, Nurathira binti Hakim Boey berkata, “Saya sangat gembira dapat sertai pertandingan ini. Sebagai juara Rib Challenge tahun ini, memang satu detik yang sangat menggembirakan.” Nurathirah turut menambah, “Ribs Tony Roma’s memang kegemaran saya sejak dulu, dan acara hari ini betul-betul mengembalikan keseronokan dan nostalgia yang menjadikan jenama ini begitu istimewa. Saya tak sabar nak bawa keluarga dan kawan-kawan datang semula untuk menikmati ribs bersama.”

Sempena dengan cabaran ini, Tony Roma’s memperkenalkan menu tempoh terhad eksklusif yang direka khas untuk dikongsi dan dinikmati oleh pasangan, keluarga dan penggemar rib. Menu ini menawarkan pilihan hidangan rib yang lazat dan pasta yang memikat selera, sambil meraikan nilai kebersamaan, sesuai untuk mencipta momen istimewa sepanjang musim perayaan. Setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti bagi memastikan setiap pelanggan dapat menikmati cita rasa lagenda Tony Roma’s yang terkenal di seluruh dunia.

Kempen Time For Tony Roma’s (Masa Untuk Tony Roma’s) diadakan di semua cawangan Tony Roma’s dari 10 November 2025 hingga 7 Januari 2026. Raikan detik-detik indah bersama kami untuk pengalaman menjamu selera istimewa dan menikmati menu menarik yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, layari FB @TonyRomasMalaysia , IG @trmalaysia & Tiktok @trmalaysia

#TonyRomasLah

#TimeForTR