Semenjak akhir-akhir ini, tiram sering mendapat tempat di hati pencinta makanan laut dan menjadi salah satu makanan yang dicari-cari dengan tawaran harga yang lebih berpatutan. Tiram hidup dalam dasar sama ada air masin dan juga payau.
Difahamkan, sifat semula jadi haiwan laut ini adalah melekat pada permukaan yang kukuh seperti batu, jeti, cengkerang tua yang telah mati atau mana-mana permukaan yang keras dan tenggelam.
Memetik NOAA Fisheries, ia melekat antara satu sama lain sehingga membentuk terumbu seperti batu yang kemudian menyediakan habitat untuk haiwan lain dan juga tumbuhan marin lain. Tiram bermula sebagai larva yang berenang bebas yang kemudian melekat pada permukaan yang keras dan membesar sepanjang hayat di situ.
Antara tempat yang menjadi tempat kawanan tiram berkumpul adalah pada cengkerang tua, bangkai kapal, kaki jeti yang akan membesar bersama cangkang demi cangkang. Apabila terumbu terbentuk, ia akan menjadi tempat perlindungan yang sangat baik untuk hidupan laut yang lain.
Selain itu, terumbu tiram juga dapat memberikan habitat penting kepada beratus-ratus spesies hidupan laut lain seperti kerang, teritip dan anemon laut yang tingga di atasnya. Dalam pada itu, habitat tiram juga mewujudkan sumber makanan yang banyak untuk ikan yang bernilai komersial.
Terumbu tiram menyediakan habitat untuk mencari ikan, invertebrata dan kerang lain. Selain itu, ia juga menyediakan kawasan pembiakan kepada spesies laut yang berharga untuk dipasarkan secara komersial seperti ikan bilis, ketam biru, udang, ketam batu dan beberapa lagi spesies lain.
Dalam pada itu, tiram juga merupakan salah satu kompenen penting untuk memastikan kesihatan ekosistem lautan secara global. Haiwan ini akan menapis kotoran dalam masa yang sama membersihkan air di kawasan sekeliling mereka. Hal itu adalah salah satu sebab kenapa tiram mampu menyediakan kawasan habitat yang baik kepada spesies lain.
Di sesetengah tempat, ia berfungsi sebagai penghalang ribut dan kawalan pasang surut air laut serta menghalang hakisan seterusnya melindungi perairan muara yang produktif.
BACA: Macam Resort, Penjara Bastoy Ini Ada Pelbagai Kemewahan, Banduan Ibarat VIP Siap Pegang Kunci Bilik Sendiri
Sumber: Fisheries