Mungkin tidak mempunyai harta yang melimpah ruah, tetapi ia bukan penghalang untuk membantu orang yang memerlukan.
Terkadang, pertolongan yang dilihat kecil sebenarnya sangat bermakna. Mungkin ia juga bakal menjadi asbab urusan hidup kita lebih dipermudahkan.
Menerusi ciapan Nor Izzati Norman di Twitter, dia berkongsi mengenai seorang wanita yang dibantu olehnya.
Menurutnya, dia tergerak untuk membantu wanita Cina itu kerana kesian melihat keadaannya yang tidak mempunyai kenderaan untuk pulang ke rumah.
Dalam perjalanan pulang itu, Izzati memperoleh pengajaran yang berguna dari kisah hidup yang dikongsikan oleh wanita itu. Hidupnya serba kekurangan selain hilang tempat bergantung setelah suaminya meninggal dunia.
Ikuti perkongsian Izzati di bawah ini.
Dalam perjalanan aunty ni dok kata you pandai lah sebab aku guna waze nak ke jalam rumah dia, aku ni jalan area ipoh idok hafal so guna waze. So masa aku drive aunty cerita memacam sampai part dia kata suami dia dah takda. Aku macam terdiam sekejap.
Aunty cerita suami dia dah takda. Kena langgar masa dekat jalan kuala, teruk kena langgar masatu. Then aku tanya anak aunty mana ye? Dia kata dia takda anak, cuma dia dengan suami dia je & now dia stay dengan adik dia.
Then dia kata now dia macam susah sebab nak pergi memana susah kalau dulu dia harap dekat suami dia je but now semua sendiri. Aku tanya tak kerja ke? Dia jawab tak sebab dia selalu naik grab tapi mahal jadi dia berhenti sebab tempat kerja dia jauh so dia taknak susahkan orang.
So kat sini, apa pun keadaan orang tu selagi kita mampu tolong kita tolong. Macam aku dah tolong, dalam hati aku niat macam macam & kaum perempuan kalau boleh sebelum or selepas kahwin kalau boleh belajar berdikari dari sekarang sbb kita tak tahu apa akan jadi masa akan datang.
Sumber: Tywerdsz_