Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh pemimpin yang pernah bergelar sebagai Menteri Pendidikan Malaysia suatu ketika dahulu. Ya, beliau adalah Dr Maszlee Malik.
Menerusi perkongsian terkininya di laman Twitter miliknya, beliau berhasrat untuk berjumpa semula dengan pelukis potret wajahnya ini untuk mengucapkan terima kasih.
Difahamkan, gambar potret tersebut sangat berseni walaupun pada pandangan mata kasar ia hanya satu contengan sahaja namun memberi makna yang mendalam kepada semua orang.
Menariknya, karya tersebt diselitkan dengan ‘mesej’ dan nasihat yang berguna sebagai peringatan scara am berkaitan kehidupan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan kepada seseorang.
Saya telah dihadiahkan lukisan yang cantik ini tiga tahun yang lalu. Saya terlupakan pelukis dan orang yang telah menghadiahkan saya lukisan ini.
“Bagi pelukis lukisan ini, tolong hubungi saya, ingin saya ucapkan terima kasih secara personal.”

Sumber: Dr Maszlee Malik