Sebentar tadi, tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19. Berita itu pastinya menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat dan keluarga diraja sendiri.
Mengulangkicau berita berkenaan, Tengku Puteri Jihan Abdullah memohon orang ramai mendoakan mereka di istana.
“Tolong doakan kami semua di Istana Negara. Moga Allah lindungi kita semua dari COVID-19,” tulis Tengku Puteri Jihan.
Lantaran itu, ramai yang meninggalkan komen dan mendoakan agar Tengku Jihan sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia selamat dari wabak tersebut.
Kekal selamat TPJ

Moga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari virus COVID-19

Semoga Allah sembuhkan mereka


Menjawab pertanyaan rakyat, Tengku Puteri menjelaskan baginda sekeluarga negatif COVID-19.
Menurut laman Air Tangan Tunku Azizah, kesemua mereka kini sedang dikuarantin di bilik masing-masing.
Sumber: Tengku Puteri Jihan Abdullah