“Tolong Berhenti Call,” Telefon Ali Gatie ‘Sibuk’ Lepas Kongsikan ‘Phone Number’

Aqmal Ezany

Penyanyi terkenal Hollywood, Ali Gatie baru-baru ini telah berkongsikan nombor telefon miliknya menerusi satu Tweet yang dimuat naik di laman sosial Twitter.

Penyanyi yang popular dengan lagu It’s You itu bakal melangsungkan konsert jelajahnya di Publika, Kuala Lumpur pada 11.00 malam ini.

Menurut Tweet tersebut, dia memberikan nombor telefonnya itu kepada para peminatnya di ruangan Twitter supaya mereka boleh menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp:

Tweet tersebut telah menjadi tular sehingga dikongsi lebih dari 9 ribu orang di media sosial. Bukan itu sahaja, Ali menyatakan bahawa telefonnya tak berhenti berbunyi sejak dia berkongsikan nombor telefonnya itu.

“Tolong Berhenti Call”

Menerusi satu Tweet yang dimuat naiknya, lebih 10 ribu mesej masuk ke dalam telefonnya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencuba nasib menghubungi nombor telefon yang dikongsikan oleh Ali Gatie tersebut namun gagal kerana talian untuk menghubungi penyanyi itu sedang sibuk.

Ali Gatie juga turut berkongsikan impak di laman akaun Instagram miliknya selepas nombor telefonnya tersebar dan diterjah oleh peminat-peminat khususnya dari Malaysia.

Sumber: Ali Gatie