todak gaming
Gambar: Todak Gaming/IG

Todak Gaming Tutup Semua Divisyen E-Sukan

Hannah

Todak Gaming Tutup Semua Divisyen E-Sukan

Todak Gaming dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini mengumumkan bahawa semua divisyen e-sukan di bawah jenama tempatan itu kini ditutup sepenuhnya.

Ditubuhkan pada 2019, pasukan berkenaan dikenang sebagai juara tiga kali Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY). Mereka juga pernah mewakili Malaysia sebanyak tiga kali ke Kejohanan Dunia MLBB.

“Dengan ini, kesemua pasukan Todak Gaming secara rasminya ditutup,” menurut kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, Todak Gaming mengakui keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah namun menyatakan setiap perjalanan pasti mempunyai penghujung.

“Ia bukan keputusan yang mudah, namun setiap perjalanan pasti ada noktahnya.

“Selama 8 tahun, Todak dibina melalui usaha, kepercayaan dan komitmen yang tidak pernah berkompromi. Kepercayaan daripada pemain, staf, rakan seperjuangan serta anda semua yang setia bersama kami dari hari pertama hingga ke hari ini.

“Setiap detik yang dilalui, di atas pentas mahupun di belakang tabir, akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah Todak Gaming.

“Terima kasih kerana memilih untuk percaya. Terima kasih kerana tidak pernah berhenti menyokong. Tanpa anda, perjalanan ini tidak akan bermakna.

“8 tahun yang sangat bernilai. 8 tahun yang akan kami bawa sebagai satu legasi. We are signing off, with gratitude, pride, and respect,” tambah kenyataan itu.

BACA: Ketua Jurulatih TFC Direhatkan Serta-merta

Sumber: Todak Gaming/IG, Stadium Astro