
Tidak pernah terfikir oleh siapapun, raya tahun ini kita akan sambut dengan cara yang berbeza berikutan wabak Covid-19. Tiada lagi aktiviti ziarah-menziarahi sahabat dan sanak saudara, berkumpul beramai-ramai bersama keluarga seperti tahun-tahun sebelumnya.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sewaktu musim perayaan sehingga 9 Jun ini hendaklah dipatuhi demi kebaikan kita semua.
Namun walau raya tak lagi sama, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi video terbaharu ‘Semangat Raya Epik Fantastik‘ dapat menyuntik semula semangat perayaan Aidilfitri korang dengan cara yang berbeza.
Menariknya, kalau korang nak tahu video raya dari TNB kali ini adalah gabungan daripada tiga iklan raya sebelum ini. Watak-watak dari tahun 2017 hingga 2019 digabungkan semula dengan tambahan ‘Jero’ si kucing comel.
Mungkin sebelum ni korang hanya jadi pembantu mak di dapur sewaktu hari raya atau pembantu abah membakar lemang. Tapi raya kali ini masing-masing jadi ‘chef’, masak ketupat dan rendang di rumah.
Walau tak sama dengan air tangan emak, tapi raya tahun depan korang dah boleh ‘upgrade’ skill masak hidangan raya di kampung. Ramai tak sangka, mereka sebenarnya ada bakat terpendam memasak rupanya. Hehe!

Nampaknya, raya kali ini ramai orang bujang yang belajar buat kuih raya sendiri. Ada yang kreatif hingga cipta beberapa resipi viral. Group ‘Masak Apa Hari Ni’ di Facebook mungkin boleh jadi rujukan korang.
Kalau masak tak jadi, korang post je dalam Group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’. Haha!

Walau korang hanya beraya di rumah dengan keluarga terdekat, sewaktu hari raya semua mesti menjaga penampilan dalam keadaan kemas dan bersih. Tapi kedai gunting rambut pula dah ditutup dua bulan.
Apa lagi, para isteri dan ibu mula tonjolkan bakat terpendam, potong rambut suami dan anak-anak. Fuh, raya kali ini nampaknya ramai sambut raya dengan gaya rambut baru dari kedai ‘barber shop’ emak. Haha!

Sewaktu PKP dan PKPB ini, majoriti daripada kita perlu bekerja dari rumah. Hikmah di sebaliknya apabila hubungan sesama pasangan atau keluarga dapat dieratkan. Isi masa yang terluang korang dengan mengemas rumah bersama-sama.
Walau raya di rumah sahaja tahun ini, dekorasi rumah sewaktu perayaan dapat suntik semangat beraya di perantauan tau!

Ini yang paling penting. Dulu mesti rasa ‘excited’ dan tak sabar nak balik kampung jumpa atok dan nenek. Walau berat hati tidak berjumpa, tetapi demi insan tersayang kita perlu berkorban untuk keselamatan mereka.
Walau satu keluarga beraya di tempat berbeza, kita semua masih boleh bersatu dengan teknologi. Korang pakai baju raya sedondon, duduk di depan screen, sambut raya secara ‘virtual’ dengan insan tersayang.
Jangan sedih-sedih, lepas berakhirnya wabak ini kita semua pasti dapat berkumpul semula dengan keluarga tersayang!


Jarak yang memisahkan membuatkan hati kita bertambah kuat. Apabila hati kita bersama, tiada perbezaan walau di mana pun kita berada. Biar raya kali ini tak bertemu, hati kita tetap bersatu!
Semoga #SemangatRayaEpikFantastik yang dibawakan oleh TNB dapat menceriakan sambutan Syawal korang biarpun raya tahun ini diraikan dalam keadaan bersederhana. Akhir kata, selamat hari raya semua!
