Berhasrat untuk meringankan beban mangsa yang terjejas akibat banjir, Telekom Malaysia (TM) memaklumkan bahawa mereka akan bertindak untuk menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) Unifi yang rosak secara percuma.
Menerusi kenyataan ringkas di Twitter, pihak Unifi berkata pelanggan kini boleh meminta penggantian peralatan yang rosak tersebut menerusi Live Chat di http://chatbot.unifi.com.my atau menghubungi mereka di talian 100.
Selain itu, pelanggan yang terjejas juga boleh membuat semakan status terkini perkhidmatan yang terjejas di http://unifi.com.my/unifi-alerts.
“Kami juga memohon kepada semua pelanggan agar sentiasa patuh dengan tip keselamatan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.
“Pihak kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi sepanjang gangguan perkhidmatan akibat banjir ini. Kesabaran dan keperihatinan anda amat kami hargai,” kata Unifi menerusi Twitter.
Sumber: Unifi