Masak mi dan bihun dalam jumlah yang banyak perlukan cara tertentu. Sebab mi dan bihun berisiko cepat putus ketika digoreng bersama bahan dan sayuran penyedap. Merujuk Sajian Sedap, ada tiga cara menumis mi atau bihun dalam jumlah banyak tetapi bentuknya tetap bagus. Cara ini dapat kamu praktikkan ketika masak, khususnya untuk majlis dan katering.
1. Bihun boleh direbus dan mi jangan
Masak bihun dengan cara direbus seperti biasa. Ada baiknya tidak terlalu matang, kerana nantinya bihun akan ditumis sekali lagi. Sementara untuk mi tidak perlu direbus, cukup direndam dengan air panas yang mendidih. Uraikan dengan penyepit, jika sudah terurai, toskan dengan penapis.
2. Segera perasakan dengan bahan-bahan sos
Dalam keadaan mi dan bihun masih panas dan belum dimasak, segera perasakan dengan kicap manis, kicap ikan, sos tiram dan aneka sos lainnya. Kacau dengan tangan atau spatula sampai merata semua sos perasa tersebut.
3. Segera tumiskan sayur-sayuran dan daging
Panaskan minyak dan tumis aneka bahan, daging dan sayuran untuk masak mi dan bihun. Tambahkan sedikit air, agar tidak terlalu kering dan bergumpal. Tuangkan mi atau bihun yang sudah diperasakan dengan sos sebelumnya.
Proses ini harus dilakukan dengan cepat, sebab jika mi atau bihun sudah dingin bentuknya akan kaku dan menggumpal mengikuti bentuk bekasnya. Tumis mi dan bihun dengan cepat, jangan terlalu lama agar bentuknya tetap utuh.
Tips tambahan lain untuk membuat mi dan bihun tidak putus saat ditumis adalah menggunakan kuali lekuk (wok) anti lekat. Penyepit yang panjang, daripada menggunakan spatula besi.
Sumber- Kompas.com