Menerusi satu tinjauan yang dijalankan terhadap 212,006 rakyat Malaysia, sebanyak 67% daripadanya dilaporkan bersetuju untuk menerima vaksin Covid-19.
Daripada jumlah tersebut, rata-ratanya memberi maklum balas bahawa mereka merasa selamat dan yakin bahawa vaksin adalah berkesan bagi mencegah jangkitan.
Baki 17% memilih alasan tidak pasti vaksin selamat digunakan dan risau akan kesan sampingannya.
Manakala, 16% memilih tidak setuju kerana meragui bahan yang terdapat di dalam vaskin dan merasa tidak selamat menggunakannya.
Terdahulu, Malaysia telah mendapatkan bekalan awal vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma.
Kumpulan pertama bekalan vaksin tersebut dijangka diperoleh pada Februari depan.


Sumber: KKM Malaysia