dua beranak tinggal rumah terbiar
Kredit: Dok. Istimewa via Kumparan

Tinggal Di Rumah Mewah Terbiar Tanpa Bekalan Elektrik & Air Selama 12 Tahun, Dua Beranak Diselamatkan

Nurhanis

Tinggal Di Rumah Mewah Terbiar Tanpa Bekalan Elektrik & Air Selama 12 Tahun, Dua Beranak Diselamatkan

Selepas hidup dalam rumah mewah yang terbiar selama 12 tahun, dua beranak akhirnya akur menerima pertolongan daripada penduduk setempat dan kerajaan setelah sering menolak bantuan daripada orang ramai di Cakung, Jakarta Timur.

Lapor Kompas.com, walaupun dalam keadaan susah, wanita dikenali Eny Sulkaesih itu enggan menerima bantuan daripada penduduk kerana merasakan keluarganya masih mampu untuk menampung keperluan harian.

Ketua Kampung Jatinegara, Slamet Sihabudin menjelaskan Eny mula mengalami masalah ekonomi selepas tidak duduk serumah dengan suaminya pada 2010.

“Jadi menurut Tiko sendiri, ayahnya pulang ke Jawa Timur. Sejak ayahnya pergi sekitar 2010, dia terputus hubungan,” katanya.

Menurut Slamet, anak tunggal wanita berusia 58 tahun, Pulung Mustika Abima atau dipanggil Tiko juga difahamkan tidak begitu mengenali adik-beradik atau saudara mara belah ayahnya

Sejak itu, Eny mula mengalami masalah ekonomi dan mula mengasingkan diri dengan jirannya dan pada masa yang sama, Tiko juga berhenti sekolah atas permintaannya.

Kredit: Jonathan Devin via Kumparan

Kebelakangan ini, rumah mewah itu menjadi perbualan hangat kerana ia berada dalam keadaan terbiar hingga dinding ditumbuhi pokok dan semak samun.

Rumah tersebut rupanya masih didiami oleh dua beranak dan anaknya didakwa menjaga Eny yang mengalami kemurungan seorang diri selama 12 tahun.

Eny dan Tiko yang berusia 23 tahun itu tinggal di kediaman mewahnya tanpa mempunyai bekalan elektrik dan air kini menjadi perhatian beberapa pihak dan kerajaan akhirnya bertindak membantu kedua-dua penghuni rumah terbiar itu.

Kredit: Jonathan Devin via Kumparan

Difahamkan juga, Eny disyaki mengalami kemurungan telah dibawakan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, rumah mewah yang ditinggalkan itu, telah dibersihkan oleh pegawai dari Kota Pentadbiran Jakarta Timur.

Sumber: Kompas.com