Tindakan Hishamuddin Tanggal Kasut Beri Pada Anggota PDRM Tuai Pujian
Tindakan Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuka kasut kerana bersimpati dengan nasib salah seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memakai selipar meraih perhatian umum.
Dalam satu perkongsian video, ia memaparkan sifat prihatin Hishammuddin yang peka terhadap anggota PDRM, Shidi yang bertugas pada hari kejadian.
Video pendek berdurasi 54 saat itu dimuat naik di akaun TikTok Hishammuddin (@Hishammuddinh2o).
“Kesian anggota PDRM En. Shidi terpaksa berselipar hari ini. Katanya kasut basah kena hujan dalam perjalanan ke Parlimen pagi tadi.
“Nak bagi kasut saya, tetapi saiz tidak sama pula. Terima kasih En. Shidi dan semua. Sentiasa komited dalam bertugas,” memetik kapsyen video itu.
Hishammuddin tanggal kasut
Pada permulaan, Hishammuddin perasaan akan keadaan Shidi dan bertindak membuka kasut bermula dengan kaki kanan sebelum berjalan beberapa langkah ke arah anggota tersebut.
Beliau menarik kerusi untuk melabuhkan punggung serta menarik lengan Shidi untuk duduk sekali pada kerusi berasingan.
Kredit: @hishammuddinh2o/TikTokSelepas itu, Hishammuddin membuka kasutnya di kaki kiri dan menghulurkan kepada Shidi supaya dia dapat mencubanya.
Hishammuddin menunggu dengan sabar dan melihat setiap gerakan Shidi semasa dia memasukkan kaki, mencuba kasut yang diberikan.
Walau bagaimanapun, selepas mencuba Shidi mendapati kasut Hishammuddin sedikit kecil berbanding dengan saiz yang biasa digunakan.
Melihat perkara itu, Hishammuddin bergurau mengatakan kaki Shidi besar kerana mengikut saiz kepalanya.
Gurauan itu berjaya membuatkan ramai yang terhibur dan memecahkan suasana di Parlimen itu.
Kredit: @hishammuddinh2o/TikTok“Kaki macam kepala dia, besar kepala,” gurau Hishammuddin.
Dengan nada bimbang, Hishammuddin mengutarakan soalan bertanya sebab atas tindakan Shidi memakai selipar pada hari tersebut.
“Apahal pakai selipar macam ini?” tanya beliau.
“Hujan datuk sri, dekat luar itu basah. Kaki dah rasa lain macam,” jelas Shidi.
Sementara itu, Hishammuddin bertanya dengan anggota PDRM lain yang kebetulan berada di situ berkenaan dengan kasut yang dipakai.
Kredit: @hishammuddinh2o/TikTok“Yang ini kasut waterproof? Tak basuh pun?” tanya Hishammuddin.
Anggota itu kemudiannya menjawab bahawa kasut yang dipakai juga basah kerana terkena tempias hujan.
“Basah juga ni saya balut dengan plastik,” ujar anggota itu.
Jawapan itu membuatkan Hishammuddin bertanya Shidi sekali lagi sama ada dia sempat untuk membalut kasutnya dengan plastik atau tidak.
Shidi menjawab dia tidak berkesempatan untuk membalut kasut itu dan terus pergi kerja.
“Tak sempat balut terus perah motor,” jawabnya sambil membuat aksi memerah motosikal.
Rata-rata warga maya senang melihat dengan sifat ramah dan merendah diri yang ditunjukkan Hishammuddin kerana boleh bergurau senda dengan rakyat biasa.
Sumber: @hishammuddinh2o/TikTok
BACA: Syamsul Yusof Sah Ceraikan Puteri Sarah Talak Satu