pokok tanggungjawab dbkl
Gambar: TikTok @friendofdbkl

Timbul Persoalan, Adakah Setiap Pokok Di Bawah Tanggungjawab DBKL? Ini Penjelasannya

Iqbal Yasir

Timbul Persoalan, Adakah Setiap Pokok Di Bawah Tanggungjawab DBKL? Ini Penjelasannya

Sejak kebelakangan ini, negara digemparkan dengan berita-berita mengenai pokok tumbang di sekitar bandar, malah kejadian tersebut mengorbankan nyawa.

Perkara ini tentunya menimbulkan kegusaran dan persoalan berhubung penjagaan pokok-pokok khususnya di kawasan bandar.

Hal ini kerana ia menjadi laluan panas yang digunakan oleh rakyat termasuk pergi dan pulang bekerja.

Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam perkongsian di akaun TikTok @friendsofdbkl tampil menjelaskan mengenai isu tanggungjawab pokok.

Pokok Tumbang Salah DBKL?

Menurut pegawai DBKL, terdapat dua ke pokok yang dikategorikan di Kuala Lumpur, pokok persendirian dan pokok awam.

Gambar: TikTok @friendofdbkl

Pokok Persendirian

Katanya, pokok persendirian atau private adalah pokok yang ditanam oleh pemilik di atas tanah persendirian.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemiliknya untuk menjaga keadaan tumbuhan itu.

“Pemilik kena jaga, kaji (cantas atau tebang) dan juga maintain.

“Macam dekat rumah, kamu sendiri yang bertanggungjawab untuk kaji, jaga dan juga maintain pokok ini,” katanya.

Pokok Awam

Bagi pokok awam atau public pula, merujuk kepada pokok yang ditanam atau berada dalam pelan pemantauan DBKL.

Berbeza dengan pokok persendirian, pokok awam akan dipantau secara berkala bagi mengenal pasti sekiranya terdapat potensi bahaya.

Terdapat dua prosedur untuk mengenal pasti pokok berbahaya iaitu pemeriksaan secara berkala dan aduan awam.

BACA: Raphael Varane Umum Berpisah Dengan United

Pemeriksaan secara berkala

Pemeriksaan secara berkala akan dilakukan oleh individu yang bertauliah iaitu Arboris (pakar tumbuhan berkayu) yang telah dilantik untuk melakukan penilaian terhadap kesihatan dan risiko pokok mengikut kawasan yang telah diselaraskan oleh pegawai penyelaras.

Pokok-pokok akan dinilai setiap enam bulan dan tindakan lanjut akan diambil sekiranya perlu.

Aduan awam

Gambar: BERNAMA

Ujar pegawai DBKL itu lagi, orang ramai boleh membuat aduan di adu@kl, atau melalui telefon, sms, emel, surat dan borang aduan sekiranya ternampak pokok dalam keadaan berbahaya.

“Kami ingin mengingatkan semua warga kota jika melihat ada pokok-pokok dalam keadaan berbahaya boleh adu di adu@kl, sama-sama kita jaga Kuala Lumpur,” jelasnya.

Usai mendapat aduan, tindakan pemeriksaan dilakukan di lapangan bagi tujuan pengesahan aduan.

Pokok yang ditanam ada had usia ke untuk diganti?

Sementara itu, bagi menjawab pertanyaan had usia pokok, DBKL berkata had usia pokok tidak ditetapkan selagi mana pokok tersebut berada dalam keadaan baik di bawah pemantauan DBKL.

Pun begitu, jika ia boleh membawa risiko, pihak berkuasa tempatan itu akan menebangnya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @friendsofdbkl, DBKL