Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harirchi, disahkan positif Covid-19, ketika situasi semasa wabak itu di negara Republik Islam dilaporkan semakin memburuk.
Iraj telah dikuarantin sehari selepas mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah kematian Covid-19 di Iran sebenarnya masih rendah, tidak seperti yang dibimbangkan.
Menurut Daily Mail, laporan berkenaan telah menimbulkan andaian bahawa Kementerian Kesihatan Iran gagal dalam menangani perebakan virus itu dengan jumlah kematian meningkat kepada 15 orang hari ini.
Laporan rasmi sebelum ini menunjukkan bahawa Iran merupakan negara di Timur Tengah yang paling terjejas dengan Covid-19 dengan jumlah kes positif yang dilaporkan sebanyak 95 kes.
Malah, media antarabangsa turut membuat andaian bahawa jumlah sebenar kes positif dan kematian mungkin lebih tinggi berbanding jumlah yang didedahkan.
Daily Mail juga melaporkan seorang pengamal perundangan di bandar suci Qom di Iran mendakwa seramai 50 orang terkorban dibandar itu sahaja.
Sumber: Daily Mail Uk