
Seorang lelaki dikatakan maut selepas seminggu menjalani pemindahan jantung. Pemindahan jantung itu merupakan pemindahan yang amat dinanti-nantikannya sejak tiga tahun lalu. Lelaki tersebut baru sahaja berusia 25 tahun ketika dilaporkan maut.
Sebelum ini, Liam Taylor dikatakan telah mengalami beberapa masalah kesihatan yang lain sebelum menjalani pemindahan jantung tersebut.
Ibunya iaitu Sarah Taylor, menyatakan bahawa anaknya itu sangat mementingkan perasaan ibunya berbanding kesihatan dirinya sendiri. Turut dikongsikan oleh ibunya mengenai anaknya itu yang sangat pendiam dan sopan tetapi sangat kelakar.
Dikatakan bahawa dia merupakan seorang yang sangat kuat kerana tidak pernah mengeluh dengan penyakit yang dialaminya. Lelaki tersebut sudah menjalani pelbagai prosedur yang tidak terkira banyaknya bagi menunggu masa untuk menjalani pemindahan jantung tersebut.
Turut dikongsikan oleh ibunya, anaknya itu cukup sihat ketika sedang menunggu pemindahan jantungnya kira-kira enam bulan lalu.
Kini keluarganya sedang mengumpulkan dana bagi membiayai kos hospital. Keluarga Liam Taylor turut menyarankan orang ramai untuk memastikan mereka mendaftar sebagai penderma bagi membantu orang lain pada masa hadapan.
Sumber: The Mirror