Siapa sahaja pasti akan rasa terharu dan gembira apabila hasil usaha dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan membuahkan hasil yang positif.
Seorang lelaki berkongsi cerita kejayaannya yang diiktiraf setelah tiga tahun bekerja sebagai ‘pembancuh kopi’ di sebuah kafe terkemuka.
Hazryn tidak menyangka dengan hasil kerjanya sepanjang 3 tahun menyebabkan dia memperoleh pengiktirafan sebagai seorang coffee master.
“Siapa sangka saya akhirnya bekerja di Starbucks? Diakhiri dengan pengiktirafan sebagai seorang coffee master. Perjalanan sepanjang 3 tahun itu agak panjang tetapi semuanya berbaloi, terima kasih Starbucks atas memori yang akan saya hargai ini untuk selama-lamanya,” kata Hazryn.
Sumber: Hazryn