
Tiga Penjenayah Ditembak Mati Malam Semalam Dipercayai Warga Asing
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan tiga penjenayah yang ditembak mati malam semalam dipercayai adalah warga asing, lapor Astro Awani.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua daripada penjenayah tersebut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR).
Manakala seorang lagi penjenayah adalah daripada kumpulan warga asing etnik Rohingya yang terlibat dalam aktiviti jenayah.
Mengulas tentang kejadian itu, beliau kata polis yang sedang melakukan rondaan di Selayang Jaya telah terserempak dengan sebuah motokar jenis Ford dalam keadaan mencurigakan.
Tiga penjenayah dipercayai warga asing ditembak mati
“Polis telah bertindak memintas dan mengarahkan kenderaan tersebut yang kurang memberikan kerjasama.
“Sewaktu melakukan pemeriksaan, mereka yang berada di dalam kereta tersebut telah bertindak agresif dan melepaskan tembakan ke arah polis.
“Insiden tembak-menembak telah berlaku…setelah selesai pihak polis melakukan pemeriksaan dan hasil pemeriksaan mendapati dalam kereta Ford tersebut terdapat tiga lelaki yang berlumuran darah dan telah meninggal dunia,” katanya.
Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut, polis kemudian menemui dua pucuk pistol dan sebilah parang.
Ketiga-tiga suspek yang maut dipercayai warga asing yang berusia sekitar 30-an.
“Pemeriksaan lanjut ke atas tiga identiti ini, dua daripada mereka memiliki kad UNHCR, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang kad identiti.
“Hasil pemeriksaan kita dapati suspek (yang tidak mempunyai kad identiti) adalah dari satu kumpulan Rohingya yang melakukan kes-kes jenayah pecah rumah dan samun sejak 2011,” katanya lagi.
Dengan tumpasnya tiga penjenayah ini, beliau percaya pihak polis berjaya melumpuhkan satu kumpulan samun daripada kumpulan etnik Rohingya yang aktif di enam negeri.
BACA: Pelik Kenapa Lelaki Je Selalu Botak, Perempuan Tak? Ini Jawapannya
Sumber: Astro Awani