Pihak polis sebentar tadi mengesahkan berlaku kejadian tembakan di hadapan sebuah sekolah di Banting, Selangor. Menurut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, dua lelaki menaiki kereta jenis BMW cedera ditembak dua suspek bermotosikal.
Tiga pelajar cedera dan beberapa kenderaan rosak akibat dirempuh kenderaan mangsa ketika cuba melarikan diri. Suspek sedang dikenalpasi, motif dipercayai pergaduhan antara dua kumpulan.



Sumber: Bernama