
Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Labuan turut diramal hujan.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar.
“Sementara di Sarawak pula melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Bagi Sabah, kawasan yang terlibat seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia