Tiga Maut Dalam Gempa Bumi Di Turkiye & Syria Semalam
ISTANBUL — Sekurang-kurangnya tiga maut dalam gempa bumi yang mengegarkan wilayah selatan Hatay, Turkiye dan utara Syria semalam, lapor AFP.
Difahamkan gempa berukuran 6.4 magnitud itu mencetuskan panik susulan gempa yang berlaku pada awal bulan lalu.
Ia berlaku pada jam 8.04 malam waktu tempatan dan dapat dirasai 200 kilometer hingga ke Utara bandar Antakya, wilayah Adana dan Lubnan.
Gambar: Yasin AKGUL / AFPMenteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu berkata tiga orang dilaporkan terbunuh manakala 213 orang cedera telah dibawa ke hospital.
Manakala, Badan Sukarela, Syria White Helmets memaklumkan lebih 130 orang cedera selepas beberapa bangunan yang rosak dilaporkan runtuh.
Agensi Pengurusan Bencana Turkiye (AFAD) di Twitter melaporkan, dua lagi gempa susulan berukuran 5.8 magnitud (tiga minit kemudian) dan 5.2 magnitud (20 minit kemudian) berlaku di daerah Samandag, Hatay.
Gambar: Valentin RAKOVSKY / AFPGambar dari agensi berita DHA mendedahkan sebuah hospital di Antakya telah dipindahkan selain sebuah lagi hospital juga dipindahkan ke bandar Iskenderun, lapor NTV.
Salah seorang mangsa di jalan Antakya, Ali Mazlum, 18, memberitahu AFP, dia bersama AFAD sedang mencari mayat keluarganya sewaktu gempa itu melanda.
“Kami tak tahu nak buat apa. Kami berpegangan antara satu sama lain sambil menyaksikan dinding mula runtuh. Saya berasa seperti bumi mahu menelan kami,” katanya.
Gambar: Sameer Al-DOUMY / AFPJurucakap DHA, Soylu berkata pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mangsa yang berkemungkinan terperangkap di bawah runtuhan di dua lokasi di Hatay dan Kahramanmaras.
Maklum pengawai operasi penyelamat, sebanyak 11 wilayah dilaporkan mengalami gegaran sehingga Ahad lalu.
Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran menggesa orang ramai menjauhi kawasan pantai susulan risiko berlakunya tsunami. Bagaimanapun, ia telah ditarik balik oleh Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay.
Gambar: LOUAI BESHARA / AFPMenurut AFAD, lebih 6,200 gegaran susulan telah direkodkan sejak gempa bumi kuat 7.8 magnitud melanda Turkiye dan Syria. Gempa tersebut telah mengorbankan seramai 41,156 orang di Turkiye dan 3,688 di Syria.
Bagaimanapun, pakar menjangkakan jumlah korban berkemungkinan meningkat selepas pembersihan runtuhan dan operasi menyelamat dihentikan.
Terdahulu, Setiausaha Amerika Syarikat, Antony Blinken telah mengadakan perbincangan di Ankara bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu semalam.
Lawatan tersebut selesai selepas gegaran yang tercetus di negara berkenaan. Sehingga kini, kuasa besar dunia itu telah menyumbang bantuan lebih RM819.6 juta ($185 juta) kepada Turkiye dan Syria.
Sumber: AFP via Barrons