Gambar: JBPM Negeri Kedah

Tiga Feri Berlabuh Di Dermaga Di Langkawi Terbakar

Iqbal Yasir

Tiga Feri Berlabuh Di Dermaga Di Langkawi Terbakar

ALOR SETAR, 28 Okt (Bernama) — Tiga feri yang berlabuh di sebuah dermaga di Langkawi, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Zon 4 Langkawi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.29 pagi.

“Setibanya di lokasi didapati kejadian melibatkan tiga feri yang sedang marak terbakar. Terdapat empat feri ditempatkan di dermaga itu secara berdekatan.

“Feri Bahagia 99 musnah 90 peratus manakala Feri Coral Island musnah hampir 70 peratus dan Feri Bahagia 8 terbakar 10 peratus. Kejadian ini tidak melibatkan mangsa,” katanya.

Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra, Langkawi dan Padang Matsirat, dengan menggunakan air daripada pili bomba serta bantuan tangki air dan satu aliran buih.

Mohd Zamri berkata sebuah lagi feri yang berada berdekatan tidak terkena api dan telah ditarik keluar dari kawasan dermaga.

Sumber: BERNAMA

BACA: ASEAN, China Perkukuh Perdagangan Melalui Perjanjian ACFTA 3.0 Yang Dipertingkatkan

BACA: Malaysia Dijangka Terima Kapal Pengawal Pantai Kedua, USD7 Juta Di Bawah Dana Ketenteraan Asing Dari AS