Seekor itik dengan anak panah yang melekat di kepalanya selama tiga bulan akhirnya diselamatkan oleh tiga orang penyelamat dalam misi menyelamat berkayak.
Keajaiban berlaku apabila itik tersebut masih hidup walaupun selepas dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab di sungai Radbuza di kota Pilsen di Republik Czech.
Gambar Via Daily MailPun begitu, walaupun terdapat usaha untuk menangkapnya dan mengeluarkan anak panah, itik itu melarikan diri setiap kali kumpulan penyelamat itu mendekat.
Ketua pusat penyelamatan haiwan, Karel Makon, berkata bahawa kali pertama mereka menangkap itik itu adalah pada bulan April lalu.
Gambar Via Daily Mail“Namun itu sia-sia. Kami mencuba berkali-kali tetapi ia selalu terbang, ia mengenali kami dan disebabkan itu ia tidak dapat ditangkap,” katanya.
Itik tersebut telah dipanah melalui leher dan kepalanya dengan panah yang mempunyai besi pada hujungnya.
Gambar Via Daily MailMenjelaskan saat-saat itik tersebut ditangkap, Makon berkata dia bernasib baik kerana melihat itik itu dan dapat menyelamatkannya.
Gambar via Daily Mail“Saya dengan cepat mengayunkan jaring ke rumput dan berjaya menangkapnya. Dia tidak berpeluang melarikan diri,” ujar Makon lagi.
Gambar Via Daily MailItik itu dibawa ke doktor haiwan tempatan di mana ia telah membuat imbasan sebelum panah itu dikeluarkan dengan selamat dan ia telah dilepaskan semula ke dalam air.
Gambar Via Daily MailTambah Makon lagi, ada kemungkinan bahawa itik tersebut adalah mangsa pemburuan haram.
Gambar Via Daily Mail“Terdapat pancing di anak panah. Ia seperti pemburuan yang telah disasarkan namun kami tidak mempunyai bukti,” katanya.
Sumber: Daily Mail