“Tiga Benda Yang Sangat Penting, Saya Selalu Nak Tahu Apa Maksud Ni” – Netizen

Sofea

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Beberapa bulan yang lalu, Malaysia kecoh berhubung penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

Kenyataan itu bagaimana pun telah mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pihak terutama para ibu bapa.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Leeroy Ting telah memuat naik satu kiriman berkaitan tulisan jawi di dalam tiga muka surat buku teks dan mendapat reaksi bercampur-baur daripada orang ramai.

Ciapan ini membuktikan bahawa kita tidak seharusnya melihat sesuatu perkara dari luaran sahaja tanpa berusaha untuk melakukan usul periksa.

Rata-rata netizen juga menyatakan pandangan mereka terhadap perkara ini dan berdoa agar Malaysia terus aman dari sebarang perkara yang boleh merosakkan keharmonian.

Sumber: Leeroy Ting