SHAH ALAM, 11 Ogos – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan tiga (3) anggota penguatkuasanya.
MBSA menerusi satu kenyataan bertegas, pihaknya tidak akan berkompromi dan melindungi kakitangan yang melakukan salah guna kuasa dan tidak berintegriti.
“Pihak MBSA juga ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya dapat menyalurkan aduan sekiranya ada maklumat berkaitan dengan salah laku kakitangan MBSA,” kata kenyataan tersebut, hari ini.
Sehubungan itu, orang awam boleh membuat aduan secara e-mel melalui aduanintegriti@mbsa.gov.my atau talian 03-55105133 atau sambungan 1671.

Sumber: MBSA