Gambar: CTV News

Tidak Terus Kuarantin, Lelaki 57 Tahun Didakwa Pergi Pusat Urut Ketika Tunggu Keputusan Ujian COVID-19

Aqmal Ezany

Seorang lelaki telah didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan berkaitan COVID-19, lapor Mothership.

Lelaki berkenaan didakwa gagal mengasingkan dirinya sendiri sementara menunggu keputusan COVID-19 keluar, mendedahkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Tertuduh dilaporkan tidak mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Penduduk Tetap Singapura (PR) lelaki berusia 57 tahun

Pda 20 Mac 2020, lelaki Singapura yang berusia 57 tahun itu difahamkan telah kembali ke Singapura daripada trip perniagaan ke India, Paris dan Dubai.

Dia dilaporkan menghidap demam pada 21 Mac 2020.

Oleh kerana keadaannya tidak bertambah baik, dia telah berjumpa dengan doktor pada 24 Mac 2020, dan terus dirujuk ke National Centre dor Infectious Diseases (NCID) di mana dia menjalani ujian COVID-19.

Sepatutnya pulang ke rumah untuk mengasingkan diri sambil menunggu keputusan ujiannya keluar, lelaki itu didakwa telah pergi ke Pusat tekstil untuk urut badannya selama satu setengah jam, lapor Mothership.

Tambah laporan itu, lelaki tersebut telah didapati positif COVID-19 pada 25 Mac 2020.

Dia telah didakwa di mahkamah pada 29 Januari 2021 di bawah Seksyen 21A (1) Akta Penyakit Berjangkit.

Kesnya dijadualkan untuk sebutan semula pada 12 Mac 2021.

Sumber: Mothership