Bagi mereka-mereka yang membesar pada zaman 2000-an, model telefon Blackberry mesti pernah jadi telefon ‘idaman’.
Kalau korang ingat masa-masa tu, siapa yang pakai telefon BlackBerry ni memang flex habis la dekat kawan-kawan. Manakan tidak, pengguna Blackberry ni siap ada saluran permesejan khas lagi iaitu BBM.
Sebelum wujudnya model-model telefon pintar versi sentuhan skrin seperti sekarang, BlackBerry inilah yang pertama memperkenalkan kita dengan telefon pintar. Siapa yang sempat pakai Blackberry ni boleh dikira legendlah.
Pun begitu, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan model telefon papan kekunci QWERTY ni. Setelah berpuluh-puluh tahun ‘menghiasi’ dunia gajet, BlackBerry rasmi menamatkan sistem operasi mereka mulai hari ini.
Menurut kenyataan Blackberry yang dikemaskini 22 Disember lalu, servis untuk legasi BlackBerry 7.1 OS dan sebelumnya, software BlackBerry 10, BlackBerry PlayBook OS 2.1 dan sebelumnya tidak akan tersedia selepas 4 Januari 2022.
“Selepas tarikh ini, peranti-peranti yang menggunakan servis dan software tersenarai sudah tidak lagi berfungsi walaupun menggunakan sambungan Wi-Fi. Pemberhentian servis ini termasuk untuk penggunaan data, panggilan telefon, SMS dan panggilan kecemasan,” jelas syarikat tersebut.
Memetik laporan Business Insider, syarikat BlackBerry yang pernah mengangkat jenama telefon pintar kini bertukar kepada sebuah firma keselamatan siber (cybersecurity) yang berjaya menjana pendapatan hingga berbilion dolar.
Sumber: Business Insider