Seorang wartawan wanita hamil yang terpaksa meminta bantuan pihak Taliban selepas permohonannya untuk pulang melahirkan anak di negara sendiri di tolak, telah diberikan izin untuk kembali ke New Zealand selepas isu ini tersebar.
Wartawan tersebut, Charltte Bellis menyatakan bahawa dia terpaksa kembali ke Afghanistan selepas permohonannya untuk memasuki New Zealand tidak diluluskan ekoran penutupan sempadan akibat COVID-19.
Isu Bellis ini turut menekankan berkenaan bagaimana kawalan yang ketat masih lagi berlangsung bagi memasuki sempadan Wellington yang dibuat khusus bagi mengelakkan penularan virus itu.
Namun, isu berkenaan keistimewaan yang dimiliki oleh Bellis – yang terpaksa memohon bantuan Taliban – lebih menarik perhatian ramai.
Hal ini kerana Taliban sering dikritik kerana mereka didakwa sentiasa menekan hak wanita sejak beberapa bulan lalu, selain dipercayai turut dituduh mendera, menangkap dan membunuh aktivis dan sukarelawan.
Pada hari Selasa lalu, disebabkan isu ini telah menarik perhatian orang ramai, pihak kerajaan New Zealand akhirnya memberikan keizinan kepada wartawan tersebut untuk pulang dengan menyediakan tiket penerbangan serta menyediakan tempat kuarantin.
“Terdapat tempat untuk Bellias kuarantin, jadi saya berharap dia akan mengambil pemberian tersebut,” kata Timbalan Perdana Menteri Grant Robertson.
Dia menafikan tindakan tersebut diambil kerana kes itu menarik perhatian banyak orang dan menyatakan bahawa staf sering berurusan dengan pelbagai permohonan kecemasan setiap hari.
Pihak kerajaan turut menyatakan bahawa mereka telah menawarkan bantuan konsular kepada pihak Bellis sebanyak dua kali.
Sumber: BBC News