Pneumonia atau penyakit radang paru-paru adalah sangat berbahaya terutamanya jika ia menyerang kanak-kanak.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di akaun rasmi Twitter miliknya, penyakit radang paru-paru ini telah membunuh ramai kanak-kanak berbanding penyakit-penyakit lain.
Penyakit radang paru-paru ini boleh dicegah dengan beberapa perkara:
Imunisasi
Pemakanan yang cukup nutrisi
Mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara
Mempertingkatkan kondisi rumah
Menghindari merokok berhampiran kanak-kanak

Penyakit ini telah membunuh lebih dari 800 000 ribu kanak-kanak setiap tahun.
Sumber : WHOWPRO