
Susulan daripada perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai yang kecewa tetapi ini merupakan satu langkah untuk mencegah penularan wabak Covid-19.
Bulan Ramadan tidak lama lagi, mesti ada yang merindui suasana bazar Ramadan dan ibadah terawih di masjid. Itulah yang dialami untuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Justeru itu, saranan Perdana Menteri untuk tidak melaksankan segala aktiviti seperti mengunjungi bazar dan melaksankan solat terawih sebagai langkah membendung gejala wabak Covid-19 ini untuk tidak tersebar lagi.
Segala aktiviti untuk laksanakan ibadah terawih juga terkesan akibat penularan wabak ini. Jadi, tiada sebarang aktiviti untuk melakukan terawih atau mengunjungi bazar ramadan. (Rujuk video pada minit ke 9:40)
Walaupun sukar untuk kita hadapi semua ini tetapi inilah kenyataannya…
Bulan Ramadan yang menjelang tidak lama lagi, kita tidak boleh ke bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa seperti sedia kala. Kita tidak boleh ke masjid untuk terawih. Jadi, kita berterawihlah di rumah bersama keluarga sahaja.
Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa.
Sumber: Bernama