
Menerusi siarang langsung pengumuman kabinet yang sedang berlangsung kini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada keperluan untuk melantik Ahli Parlimen sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk penggal kali ini.
Sebaliknya, kabinet yang dibentuk akan mempunyai empat menteri kanan yang bertanggungjawab membantu Perdana Menteri menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Kata Muhyiddin, Menteri-Menteri Kanan akan membantu beliau menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan beliau dalam negara.
Berita lanjut menyusul.