
Kemurungan boleh menjadi pembunuh senyap yang boleh merentap segala rasa dan jiwa dalam diri seseorang.
Baru-baru ini seorang bekas peserta Singapore Idol, Samantha Lee, ditemui meninggal dunia dan berita tersebut disahkan melalui entri di Facebook miliknya.
Samantha telah meninggal dunia, anda semua dijemput untuk hadir ke ‘persembahan’ terakhir beliau pada 23 Disember.
Beberapa jam sebelum itu, Lee ada memuatnaik satu video ke Facebook miliknya.
Menerusi video itu, mendiang tidak bercakap apa-apa namun beliau memberitahu sesuatu pada ‘caption’ video tersebut.
Lee dikenali oleh orang ramai apabila menyertai pertandingan nyanyian musim ketiga itu yang bersiaran pada tahun 2009.
Walau bagaimanapun, punca kematiannya masih belum dikenalpasti.
Mayatnya telah dikebumikan pada rabu semalam di Dewan Tiga Mandai Crematorium Services.
Sumber: CNA