Gambar: Bernama

Tiada Perancangan Untuk Dos Keempat Vaksin COVID-19 Buat Masa Ini – Menteri Kesihatan

Sofea

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiada perancangan untuk melaksanakan dos keempat COVID-19.

Menurutnya, KKM buat masa ini hanya fokus kepada pemberian dos penggalak sahaja.

“Buat masa ini kita tiada perancangan, kita nak fokus kepada dos penggalak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya dalam sidang media pada petang tadi.

Dalam sidang media yang sama, Khairy juga berkata liputan dos penggalak di negara ini secara keseluruhannya sudah melebihi majoriti iaitu sebanyak 58 peratus dewasa tetapi jika boleh jumlah itu perlu ditingkatkan lagi sebanyak 70 peratus.

“Kita dapati bahawa bagi mereka yang belum lagi menerima dos penggalak, sebahagian kecilnya adalah disebabkan mungkin menunggu temujanji tetapi kita dah buat keputusan untuk boleh melakukan walk-in di mana-mana dan pada bila-bila waktu saja,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia