Tiada Lagi Slip "Road Tax" Bercetak Mulai 1 Feb
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan mengeluarkan slip cukai jalan fizikal mulai 1 Februari 2026.
Pengumuman itu telah dikongsikan Pos Malaysia Berhad dalam satu kiriman di Facebook.
"Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip cukai jalan bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.
"Sekiranya anda memerlukan slip fizikal, perbaharui road tax dan insuran motor anda di pejabat pos berdekatan sekarang sebelum 1 Februari," katanya.
Kredit: Pos Malaysia BerhadUntuk pengetahuan, anda boleh melihat slip cukai jalan anda secara digital menerusi aplikasi MyJPJ.
Buka pada bahagian profil, tekan pada kenderaan dan cukai jalan dipaparkan.