Pramugara dan pramugari sesebuah penerbangan haruslah kelihatan cantik, kemas dan menarik untuk memastikan para penumpang sentiasa tertarik. Mereka perlu memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan tempat mereka bekerja. Seperti sudah menajadi kebiasaan, pramugari di kebanyakan negara perlu memakai skirt dan kasut bertumit tinggi untuk kelihatan feminin.
Terdahulu, syarikat penerbangan di Ukraine juga tidak ketinggalan untuk menetapkan kod pemakaian seperti negara-negara lain kecuali di Arab Saudi. Pramugari haruslah memakai skirt, berkasut tumit tinggi dan sebagainya.
Namun begitu, salah satu syarikat penerbangan di negara itu telah menetapkan peraturan baharu di mana pemakaian skirt dan kasut bertumit adalah dilarang.
Syarikat penerbangan yang dikenali sebagai SkyUp Airlines itu telah membuat keputusan untuk menukar kod pemakaian pramugari setelah mengumpulkan maklum balas daripada para pramugari mengenai pakaian seragam yang perlu dipakai oleh mereka.
Menurut Alexandrina Denysenko iaitu salah seorang senior di syarikat penerbangan tersebut, dia mengatakan bahawa kadang kala dia tidak sempat untuk duduk semasa dalam penerbangan. Pramugari yang telah bekerja selama tujuh tahun ini juga mengatakan bahawa dia berharap sangat untuk merehatkan kakinya yang bengkak setelah berjam-jam memakai kasut bertumit.
“Tidak boleh dinafikan bahawa kasut tumit sememangnya cantik untuk dipakai. Namun begitu, kami kami yang menderita sehingga menjadi bengkak pada akhir penerbangan. Kasut sneaker sangat selesa untuk dipakai” kata Denysenko kepada Reuters.
Syarikat itu mengatakan bahawa mereka meneliti beberapa sejarah berkaitan seragam yang dikenakan oleh para kru kabin dan telah mengambil keputusan untuk buang apa sahaja perkara yang disebut sebagai elemen “konservatif” dari penampilan pramugari mereka.
SkyUp Airlines telah menetapkan kasut Nike berwarna putih untuk menggantikan kasut bertumit. Syarikat penerbangan ini juga menetapkan seluar longgar berwarna oren dan selendang sutera yang dibuat oleh jenama Ukraine sebagai pakaian uniform mereka. Blaus pula telah ditukar kepada T-shirt berwarna putih.
Pakaian seragam baharu unruk pramugari tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober 2021. Tambah Grygorash, syarikat itu juga sedang merancang untuk melancarkan beberapa pakaian seragam yang baharu untuk kru lelaki seperti T-shirt dan kasut Nike berwarna hitam.
Sumber: The standard