Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa setakat hari ini tiada penularan kes baharu dalam Kluster Tawar. Sejumlah 3,436 orang telah disaring dalam klsuter tersebut.
Perkara ini disahkan oleh KKM melalui laman Twitter rasmi mereka sebentar tadi.
Daripada jumlah individu yang telah disaring, terdapat seramai 461 orang masih menunggu keputusan. Dalam pada itu, dua negeri yang terlibat iaitu di Kedah dan Pulau Pinang.


Sumber: KKM