Gambar: FB Noor Hisham Abdullah

Tiada Kakitangan Kesihatan Dijangkiti COVID-19 Di Wad Yang Menempatkan Pesakit Positif

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiada kakitangan kesihatan yang dijangkiti COVID-19 di wad yang menempatkan pesakit positif.

Dalam satu ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasminya, KKM menerangkan bahawa kes positif yang melibatkan kakitangan kesihatan adalah kerana sejarah perjalanan ke luar negara serta menghadiri majlis yang turut dihadiri individu positif.

Sumber: KKM