Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa tiada kad sijil vaksinasi fizikal bagi yang telah lengkap dua dos vaksin.
Menurutnya, hanya terdapat sijil digital di aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi yang diterima di PPV sahaja yang diguna pakai setakat ini.
Beliau juga turut memaklumkan bahawa orang ramai yang ingin mencetak sijil vaksinasi boleh dilakukan secara sendiri.