Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, menerusi sidang media hari ini berkata bahawa tiada siapa yang mengatasi undang-undang di negara ini dan kerajaan bersikap adil kepada semua.
Merujuk kepada kes individu VVIP, Datuk Seri Ismail Sabri berkata sesiapa yang melanggar undang-undang akan diambil tindakan tanpa mengira sebarang kedudukan.
Beliau menjawab persoalan dan kekeliruan dalam kalangan orang ramai terutama warganet mengenai perbezaan hukuman pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan.
“Kenapa berbeza? sebab undang-undang berbeza. Caj dan tuduhan juga berbeza,” katanya.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara