Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekkah dengan menunaikan ibadah haji atau umrah menjadi impian semua umat Islam. Ianya bergantung kepada soal rezeki kerana bukannya semua dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamu di rumah-Nya.
Seperti perkongsian oleh seorang individu di laman Facebook, Quwwatun Aqilah Mohamad mengenai kisah bapa saudaranya yang digelar sebagai Pak Su yang berpeluang menjejakkan kaki ke rumah Allah tempoh hari dengan menunaikan umrah.
Menurut Quwwatun Aqilah, Pak Su hanya bekerja menjual santan kelapa dan menghantar kanak-kanak ke sekolah tetapi rezekinya sangat luar biasa apabila mendapat tajaan menunaikan umrah buat pertama kali dengan penerbangan ‘business class.’

Malah, untuk berada di sana selama 12 hari, Pak Su hanya membawa pakaian yang sedikit namun warga emas itu sudah merasakan cukup.


Rata-rata netizen yang memberikan pelbagai reaksi turut merasa kagum dan terinspirasi. Beruntungnya Pak Su terpilih mendapat kurniaan daripada Allah yang tak terjangka dan moga dipermudahkan segala urusan Pak Su.


Sumber : Quwwatun Aqilah Mohamad