Menerusi perkongsian daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham telah mengumumkan bahawa penggunaan disinfectant box atau Tunnel tidak menunjukkan bukti ia berkesan untuk mengurangkan jangkitan Covid-19.
Susulan daripada itu, pihak KKM telah melakukan beberapa penilaian yang dijalankan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM.
Hasil penilaian Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM mendapati:
1. Tiada bukti menunjukkan peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan Covid-19.
2. Jangka masa 20-30 saat tidak memadai untuk proses nyahkuman yang berkesan.
3. Prosesnya juga tidak boleh membunuh kuman dalam badan manusia.
4. Tambahan pula bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (membrane mucosa) seperti bahagian mata dan mulut.
Berdasarkan penilaian tersebut, KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan yang telah dinyatakan itu untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 terhadap manusia.
Sumber: KKM