
KOTA BHARU, 8 April (Bernama) — Tiada bazar Ramadan di Kelantan tahun ini selaras dengan usaha membendung penularan COVID-19, demikian diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pemilik gerai yang menjual makanan di tepi jalan akan dibenarkan beroperasi seperti biasa selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun mereka harus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan nanti.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di kediaman rasmi menteri besar di JKR10, di sini.
— BERNAMA