Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang kandungan vaksin terutamanya para ibu bapa yang sering mendengar pelbagai spekulasi negatif tentang penggunaan vaksin.
Jadi, untuk tidak megnelirukan orang ramai, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan kandungan yang ada pada setiap vaksin yang digunakan untuk merawat pesakit.
Apa itu vaksin?
Menurut KKM, vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.
Apakah kandungan vaksin?
Vaksin tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan tubuh badan. Antaranya
Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria.
Meningkatkan tindak balas sistem imum tubuh terhadap vaksin.
Menstabilkan vaksin dan mencegah pembiakan bakteria dan kulat dalam vaksin.
Memastikan semua bahan dalam vaskin sebati.
Mengekalkan kestabilan vaksin sepanjang tempoh penyimpanan agar vaksin kekal berkesan.
Bahan bukan aktif yang digunakan semasa penghasilan vaksin tetapi dalam kuantiti yang kecil.
Melarutkan vaksin mengikut sukatan yang diperlukan.

Sebagaimana yang kita tahu, fungsi vaksin ini adalah untuk menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi bagi melindungi daripada sebarang jangkitan virus dan bakteria.
Sumber: KKM