Kuala Lumpur, 2 Mac – Juara berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya memecahkan rekod Asia dan kebangsaan dengan catatan 9.548 saat (s) dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2020.
Atlet berusia 32 tahun kelahiran Dungun itu memadam rekod Asia 9.609s oleh pelumba Jepun Tomohiro Fukaya serta memperbaharui rekod kebangsaan yang diciptanya iaitu 9.760s.
Azizul telah menewaskan pelumba Poland, Mateusz Rudyk dan berjaya meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu lelaki di Velodrom, Berlin, Jerman hari ini.
Dua hari lepas, Azizul memperoleh gangsa dalam acara keirin setelah dikalahkan Lavreysen dalam separuh akhir.
Sumber: BERNAMA