“Thanos Watak Paling Popular,” Avangers Endgame Cipta Sejarah ‘Tweet’ Terbanyak, Malaysia Berada Di Tangga Kelima Dunia

Fildza Zainal

Hanya beberapa hari ditayangkan, filem Avengers : Endgame telah berjaya memecahkan rekod dalam dunia perfileman antarabangsa. Kutipan lebih dari dari RM1.8 bilion nyata menandingi mudah ‘Penceritaan’ sebelumnya iaitu Avengers : Infinity War. Bukan sahaja heboh diperkatakan di televisyen mahupun akhbar, tanda palang Avengers: Endgame sentiasa menghiasi timeline media sosial.

Filem Paling Banyak Di ‘Tweet’ Dalam Sejarah

Malah tidak mengejutkan apabila mengetahui bahawa filem keluaran Marvel itu disahkan secara rasmi sebagai filem yang mempunyai ciapan paling banyak dalam sejarah di laman Twitter. Menurut laman Twitter Movie, Avangers : Endgame mempunyai lebih daripada 50 juta ciapan dan ia merupakan ciapan terbanyak pernah direkodkan.

Filem terbabit mempunyai pelbagai sudut untuk dibincang serta diperdebatkan. Setiap aksi mahupun adegan semestinya ada sahaja yang hendak dikomen. Semestinya di sebalik kemeriahan Endgame, masih ramai yang masih belum berpeluang untuk menontonnya. Oleh itu, tanda palang yang paling banyak ditemui di laman berkenaan adalah #DontSpoilEndGame.

Dan apabila tiba pada watak-watak yang paling banyak di ‘sebut’ di twitter adalah Thanos. Thanos yang terkenal dengan petikan jarinya itu sekali lagi berjaya ‘menyihir’ semua masyarakat dunia apabila menjadi watak paling popular di media sosial diikuti oleh Thor, Iron Man, Kapten Amerika, Hulk, Loki, Spider-Man, Black Widow, Groot, dan Nebula.

Malaysia Tangga Kelima Pencinta Avengers : Endgame

Manakala negara yang paling banyak tweet mengenai filem aksi fiksyen itu adalah Amerika Syarikat, Brazil, Filipina, Thailand, Malaysia, Jepun, United Kingdom, Mexico, Indonesia dan Perancis.

Sumber : Comicbook