Thailand merupakan negara yang terkenal dengan beberapa tempat menarik seperti Negeri Gajah Putih, Negara Seribu Pagoda dan juga Rumah Rakyat Merdeka. Negara ini juga semakin dikenali dan menjadi tarikan para pelancong kerana keistimewaan dan kekayaan budayanya.
Akibat wabak Covid-19, Thailand sebelum ini telah menutup sempadan negaranya sekaligus menyebabkan pelancong tidak dapat memasuki negara tersebut. Tindakan tersebut dilakukan bagi mengelakkan wabak itu terus berleluasa di negara itu.
Pada hari ini, ribuan pelancong asing dari 63 negara dan wilayah berisiko rendah telah ‘disambut’ oleh Thailand ke dalam negara itu. ‘Sambutan’ itu telah berlaku setelah sempadan negara tersebut dibuka buat pertama kali dalam tempoh 19 bulan. Tujuan sempadan itu dibuka adalah bagi menarik pelancong masuk ke negara itu sekaligus berusaha merangsang kembali ekonominya yang dilanda pandemik.
Di Bangkok, Lapangan Terbang Suvarnabhumi kembali sibuk menerima pelancong antarabangsa yang mulai tiba. Mereka perlu menjalani saringan yang ketat terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran masuk. Kesibukan menjalani saringan ini dibantu oleh kakitangan lapangan terbang di sana.
Bagi pelawat yang sudah lengkap divaksinasi dari negara dan wilayah asal termasuklah Malaysia, mereka akan dikecualikan daripada dikenakan kuarantin.
Menurut salah satu pelancong yang berasal dari London iaitu Awat Hassan, dia merupakan antara ribuan pelancong yang tiba si negara itu dan sudahpun lengkap divaksinasi.
Bukan sahaja Lapangan Terbang Suvarnabhumi yang buka pintu, Lapangan Terbang Phuket juga telah membuka semula pintunya kepada pelancong bermula pada hari ini.
Pelancong yang sudah tiba melalui perjalanan udara dan lengkap divaksinasi, mereka perlu menjalani ujian calitan Covid-19 di lapangan terbang. Selain itu, mereka juga mesti menghabiskan malam pertama mereka di hotel yang telah ditentukan oleh syarikat lapangan terbang itu terlebih dahulu. Sekiranya ujian itu negatif, maka mereka akan dibenarkan melawat wilayah lain di sana.
Antara pelawat dari negara dan wilayah yang akan dikecualikan untuk membuat kuarantin wajib mulai hari ini adalah Australia, Kemboja, China, Hong Kong dan banyak lagi.
Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) akan menyemak semula senarai negara itu dan kemas kini seterusnya adalah pada 1 Disember dan 1 Januari.
Menurut laporan harian Thai English Bangkok POst, pengurus besar Lapangan Terbang Suvarnabumi iaitu Kittipong Kittikachorn memaklumkan bahawa sebanyak 61 penerbangan dijadualkan tiba pada hari Isnin dengan anggaran 3,000 penumpang. Jumlah 3,000 penumpang itu termasuklah 700 warga Thailand yang pulang ke tanah air.
Tambahan lagi, pelawat yang lengkap divaksinasi dari negara yang tiada dalam senarai negara berisiko rendah boleh melancog ke 17 destinasi pelancongan ‘Zon Biru’ bermula 1 November. Antara negara yang tergolong dalam negara ‘Zon Biru’ adalah Bangkok, Phuket, Krabi, Phang-Nga. Mereka juga wajib menjalani kuarantin tujuh hari sebelum melancong ke wilayah lain dalam negara itu.
Sumber: Astro Awani