Ketika beberapa negara terutamnya di benua Amerika dan Eropah masih sedaya-upaya mengekang pandemik COVID-19, Malaysia pula cukup bertuah kerana keadaan semasa dilihat semakin pulih dan diiktiraf antara negara paling berjaya di dunia dalam mengurus wabak ini.
Semua atas berkat perancangan baik dari kerajaan dan kerjasama utuh dari rakyat dalam mematuhi pertauran.
Namun begitu, frontliners seperti petugas kesihatan dan pasukan penguatkuasa adalah wira sebenar kerana sentiasa berada di barisan hadapan dalam memastikan negara tercinta ini ‘pulih’ dan kembali seperti sedia-kala.
Sehubungan itu, sebagai tanda penghargaan kepada semua frontliner, TGV Cinemas dalam satu kenyataan media mengumumkan akan memberi satu tiket percuma kepada wira-wira negara ini.

Tawaran ini bermula dari 9 hingga 15 Julai di cawangan-cawangan terpilih iaitu di TGV DPulze, TGV Permaisuri Imperial City Mall Miri, TGV Setiawalk, TGV Sunway Putra, TGV Sunway Pyramid, TGV Sunway Velocity, TGV Vivacity Megamall dan TGV Wangsa Walk.
TGV Cinemas turut memaklumkan pihaknya akan melaksanakan waktu operasi baru sesuai dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu:
Isnin – Khamis: 2pm – 11pm
Jumaat, Sabtu & cuti umum perayaan: 12pm – 12 am
Ahad & cuti umum: 11am – 12am
Tawaran ini terbuka kepada semua frontliner seperti petugas kesihatan dan anggota penguatkuasa iaitu doktor, jururawat, anggota tentera dan anggota polis yang bertugas di barisan hadapan ketika pandemik COVID-19.
Setiap wira-wira negara ini hanya perlu hadir di kaunter jualan tiket TGV Cinemas yang dinyatakan di atas dan menunjukkan kad identiti kerja sebagai pengesahan. Mereka yang layak akan diberikan 1 keping tiket Classic Hall percuma dan boleh memilih filem yang ingin ditonton. Tertakluk kepada waktu tayangan dan kekosongan kerusi.
Tunggu apa lagi, frontliners jangan lupa dapatkan tiket percuma dari TGV Cinemas sebagai tanda penghargaan ke atas jasa anda semua.